KSSR Pend.Khas Thn 1&2



PENGENALAN KEPADA KSSR PEND. KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Ia adalah bersifat holistik, tidak terlalu akedemik dan tidak membebankan murid dan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pendidikan Negara kita.

Terdapat fokus Mata Pelajaran Didalam KSSR (Pendidikan Khas - Masalah Pembelajaran). Matapelajaran tersebut adalah seperti berikut;

a) Asas 3M ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik)
b) Seni Kreatif
c) Pendidikan Islam
d) Pendidikan Moral


Disini akan saya fokuskan berkaitan matapelajaran Asas 3M - Bahasa Melayu. Terdapat 6 unit bagi matapelajaran bahasa melayu, iaitu;
1) Kemahiran Mendengar
2) Kemahiran Berturut
3) Prabaca
4) Kemahiran Membaca
5) Pratulis
6) Kemahiran Menulis

 Unit yang dipilih disini adalah berkaitan dengan Kemahiran Mendengar dan tunjang utamanya adalah komunikasi. Dibawah saya berikan contoh Rancangan Mengajar yang boleh digunakan bagi kemahiran tersebut.

Contoh Rancangan Mengajar
Contoh Lembaran Kerja

No comments:

Post a Comment