Saturday, 5 November 2011

Panduan Menghantar Tugasan Melalui Google Docs

Disebabkan masalah kesesakan server untuk penghantaran tugasan melalui Myguru, pihak UPSI telah mencari alternatif terbaru. Rakan-rakan perlu memuat naik tugasan ke Google Docs dengan menggunakan akaun Gmail Siswa yang telah diberikan kepada kita. Seterusnya rakan-rakan perlu menyalin alamat pada tugasan rakan-rakan di Google Docs ke halaman penghantaran tugasan di akaun Myguru. Sila klik dibawah untuk memuat turun cara-cara menghantar tugasan melalui Google Docs ini.

Wednesday, 2 November 2011

Manual Ke Myguru2, Berforum & Membuat Tugasan


Memandang masih terdapat rakan-rakan yang mempunyai masalah untuk log in ke Myguru dan menghantar komen melalui Group Forum. Disini saya masukkan manual untuk rakan-rakan downloadkan. Rakan-rakan akan mendapat markah apabila menghantar komen ke Group Forum rakan-rakan. Sila klik dibawah untuk mendapatkan manual tersebut.

Tuesday, 1 November 2011

SELAMAT DATANG RAKAN-RAKAN



Picture
Salam perkenalan, saya Mohd Khairil Azizan B. Mohd Zamri dari Opsyen Pend. Khas (Umum) ingin berkongsi maklumat dan ilmu bersama-sama semua rakan seperjuangan dari Program Pensiswazahan Guru, Pend. Jarak Jauh, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Diharap ilmu dan maklumat berkaitan program kita ini dapat kita kongsikan bersama-sama.
 
Sekian, terima kasih.